Wednesday, January 13, 2010

The View From Room

Ini view dari room aku kat Office. Room aku di 10 floor. Memang nice viewnya. Can see Taman Tasik Jaya, Amcorp Mall, Federal Highway, Sebahagian Bangunan Tinggi Di Area Bangsar/KL dan Kelihatan juga LRT lalu lalang. Dikala tension dengan kerja2 akan lega seketika lah bila memandang ke luar jendela.....




Taman Tasik Jaya n Federal Highway


Kelihatan Amcorp Mall n Sebahagian Building2 Di Bangsar


If pandang ke bawah dah boleh nampak LRT


Thursday, January 7, 2010

Luv U ...



Dear,
Than You Just For Being You, For All The Caring Things Yo Do,

I Love You More Than Words Can Say.

Wednesday, January 6, 2010

Perhimpunan Tahunan Warga Kerja TNB 2010



Majlis Perhimpunan Tahunan Warga Kerja TNB 2010 telah diadakan pagi tadi, 6 Januari 2010 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB mulai jam 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari. Majlis ini merangkumi beberapa program/aktiviti yang penting iaitu forum khas bersama Pengerusi dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Penyampaian Anugerah Kualiti Presiden, Anugerah Kecemerlangan TNB dan hadiah penghargaan kepada Kumpulan WIT/ICC. Aku turut serta di majlis ini.

Tuesday, January 5, 2010

Pak Hailam Kopitiam

Yesterday, on the way back office aku n hubby singgah ke Carrefour Bandar Tun Hussien Onn. Selepas ronda2 dlm carrefour tu we all masuk ke Pak Hailam Kopitiam n order curry laksa. Boleh tahan jugak le curry laksa disini.




Monday, January 4, 2010

Makan2 Di Pekan Masai...

Cuti New Year bebaru ini aku pulang ke hometown aku di JB. Saturday nite uncle aku membawa kami makan di sebuah kedai di pekan Masai. Di sini ada menu yg jarang-jarang dijual iaitu lempeng & jemput-jemput. Selalunya menu-menu begini hanya dimasak dirumah utk b'fast atau minum petang. Disamping itu ada Nasi Ayam Penyet. Buat pertama kali aku mencuba nasi ayam penyet ni. Sedap jugak rupanya...




Lempeng Dihidang Bersama Sambal



Jemput-Jemput@Cucur & Nasi Ayam Penyet

Bulan@Moon...

Foto2 ini aku snap sebelum mlm new year di area rumah aku ketika perjalanan pulang dari office. Kelihatan bulan penuh n indah. Kiranya foto ini di snap 5 jam sebelum gerhana bulan pada 01 Januari 2010.



Maha Besar & Agung Ciptaan Allah...

Thursday, December 31, 2009

Tuesday, December 29, 2009

My Part Time Maid

Sunday lepas aku spend masa di rumah sehari suntuk. Part time maid aku datang untuk membersihkan rumah. Aku kenal akak ni sejak tahun lepas bulan Disember. Kira dah genap setahun le aku kenal dia. Namanya Laras, asal dari Indonesia. Tapi dia dah lama menetap di sini. Selalu dia akan datang dalam jam 10 pagi n balik jam 6 petang. So far aku tengok dia rajin n also kerjanya kemas & bersih. Aku pun panggil dia tak selalu dua bulan sekali baru aku panggil itupun sebab tak larat le nak panjat-panjat nak mengelap cermin n kitchen cabinet. If badan aku ringan ok jugak le nak panjat-panjat tapi body yg berat ini tak mengizinkan aku utk panjat2...he he he, kan jatuh satu hal pulak. So better le aku upah part time maid ni ajer.










Monday, December 28, 2009

Nasi Kandar Bergerak

Yesterday night, aku pekena nasi kandar. Restoran Nasi Kandar Bergerak ini di 'park' berhampiran dengan area kedai2 dikawasan perumahan aku. Baru beroperasi sejak beberapa bulan yang lepas. Taukenya dari Penang. Sambutan customer di sini memang menggalakkan. Boleh dikatakan setiap minggu sure lah 1 or 2 days aku n hubby akan singgah makan disini. Kepelbagaian rempah ratus yang digunakan membangkitkan selera. Ayam & Ikannya digoreng panas-panas..







Inilah Lori Nasi Kandar Bergerak Tersebut



Kari Ayam, Kari Daging, Kari Sotong & Kari Udang
yummy...yummy....sedap!





Nasi+Kuah Campur, Ayam Rose & Sayur Kubis


Walau nampak ringkas compare dengan nasi kandar dari restoran-restoran lain yang ada pelbagai choice menu tapi nasi kandar di sini memang class.


Ronda-Ronda...

Friday Nite on Christmas Day...jam 9 mlm, Aku n Hubby meronda-ronda sekitar beberapa jalan di KL. We all ke area KLCC, Jalan Bukit Bintang n Dataran. Hampir sejam lebih kami terperangkap dalam kesesakan di Jalan Bukit Bintang. Happening Sungguh KL pada waktu malam especially di Jalan Bukit Bintang ni. Viewnya menarik n cahaya bersinar terang benderang di kebanyakkan shopping center dan bangunana-bangunan hotel yang dihiasi pelbagai deco sempena Christmas n New Year. Memang cantik !







KLCC Tersergam Indah..
Bangga kita@Malaysia ada bangunan ini!