13 Ogos, brotherku Md. Noor belanja aku n hubby berbuka puasa kat restoran pakistan di Jalan Ipoh. Memang sedap menu-menu kat sini. Bila duduk makan kat sini terasa bukan macam kat Malaysia pulak dah macam berada di negara pakistan ajer. Restoran ni memang TERBAIK!
Masa bulan puasa, aku pujuk hubby bawaku gi Bazar Ramadhan di AEON Jusco AU@ Setiawangsa semata-mata nak beli Nasi Ambeng Asli ni. Memang sedap!!! Sapa tak pernah makan nasi ambeng? Memang rugi lah korang....
Cuti Nuzul Quran yang lepas, aku ke Airish Beauty & Spa di Taman Sri Gombak untuk membuat rawatan resdung & facial. First time aku gi spa ni. Memang menarik...konsep spa yang Modern Contemporary .