Thursday, August 18, 2011

Salam Nuzul Al Quran!



Ramadhan makin hampir untuk melabuh tirainya...
Alhamdulilah bacaanku dah masuk ke juzuk 21
Semoga pahala bacaan ini sampai kepada arwah dad, papa@datuk, mama@nenek
dan semua muslimin muslimat yang telah kembali pada yang ESA....Amin!!!


INFO Untuk dikongsi bersama:

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


No comments:

Post a Comment