Tuesday, July 26, 2011

Pakej Iylang-Iylang

Saturday afternoon aku ke Paruna Aromatherapy Spa di Gombak. Terdapat pakej istimewa yang disediakan untuk pelanggan sempena bulan puasa & hari raya iaitu bermula Jun hingga Ogos 2011 yang mana setiap pakej dinamakan dengan nama-nama bunga [pakej jasmin, mawar, melur, harum malam, cempaka, kemboja, dahlia dan iylang-iylang].

Aku mencuba pakej iylang-iylang. Sebelum-sebelum ini tak pernah pulak aku dengar nama bunga iylang-iylang dan tidak tahu kewujudannya. Pemilik spa, kak Tiffa memberitahuku serba sedikit tentang bunga iylang-iylang. Menurut beliau pokok iylang-iylang banyat terdapat di Indonesia yang mana bunganya merupakan salah satu bunga yang digunakan untuk menghasilkan minyak aromatherapy.

Pakej iylang-iylang terdiri daripada rawatan resdung kronik dan facial stress reliever. Normal price RM 205 tetapi now harganya cuma RM 126 dan juga aku mencuba satu lagi rawatan iaitu rawatan payu dara. Menurut pembantu kak Tiffa iaitu Ema yang berasal dari Bandung, rawatan payu dara ini bagus untuk mencegah tumor. Harga untuk rawatan ini hanya RM 35 sahaja. Seronok manjakan diri di Paruna Aromatherapy Spa ini. Gi lah cuba!!!!







No comments:

Post a Comment