Last week Wednesday, after work aku n hubby menuju ke Bangsar untuk mencuba nasi lemak tanglin. Aku mengetahui tentang wujudnya restoran ini dari paper utusan Malaysia bertarikh 3/12/2010 yang menyiarkan artikel "Nostalgia Nasi Lemak Tanglin".
Nasi lemak tanglin popular sejak dari dulu lagi dikalangan warga kota. Kedai asalnya di Poliklinik Komuniti Tanglin, berhampiran Bukit Aman & Masjid Negara. Difahamkan Ianya menggunakan resipi asal sejak dari tahun 1948 lagi. Pembukaan restoran nasi lemak tanglin di Bangsar ini telah membolehkan penggemar nasi lemak tanglin ini makan dalam suasana yang lebih santai pada bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment