Friday, February 19, 2010

DVD Di Pasaran...



Bila tgk tajuk entry aku ni macam DVD filem pulak ya....DVD Di Pasaran. Yg sebenarnya DVD ini merupakan koleksi gambar-gambar Honeymoon@percutian aku ke Kerala. DVD ni baru siap minggu lepas padahal aku balik bercuti ni dah setahun++. Tak kisah lah kan walau lambat yang penting ada.

Oleh kerana picture2 terlalu banyak aku plan le nak buat DVD ni sebab senang nak tgk dari nak membelek album. Ada 600 lebih keping semuanya so if nak tgk satu-satu kat album leceh jadi untuk menyenangkan aku & untuk simpan kenang-kenangan aku suruh le kenalan member aku untuk siapkan DVD ni. Memang puas hati le. Desingnnya yang menarik, slide show yg creative n sound music yg nice/romantic song.

For info, guy yang buat DVD ni baru berusia 21 thn. Tapi guy ni memang smart le..pandai dia buat kerja-kerja grafik padahal dia tak pergi amik course profesional pun kat mana-mana kolej. Menurutnya dia belajar sendiri ajer sebab hobi dia dari dulu menerokai segala yg berkaitan dengan Photografi/IT. Now dia buat kerja ni full time. Hasil kerjanya memang class.

p/s : Ramesh TQVM ! i realy enjoyed watch the DVD...

No comments:

Post a Comment